Sunday, December 6, 2020

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 Muzik Melalui Portal DELIMa KPM

 

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 atau Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum bagi Tahun 2020 ini bukan sahaja terrtumpu kepada KSSR Semakan Tahun 5 sahaja, namun terdapat juga kursus-kursus lain seperti berikut:

  1. Kursus KSSR (Semakan 2017) Tahun 5
  2. Kursus KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Khas Tahun 5
  3. Kursus KSSM Bahasa Cina Komunikasi Tingkatan 4 dan 5
  4. Kursus KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 5

Portal DELIMa KPM Login ini sama sahaja dengan log masuk sebelum ini. DELIMa merupakan penjenamaan semula Portal MOE Digital Learning (moe-dl). Boleh klik pautan http://bit.ly/DELIMaKPM atau gambar di bawah:



Daftar Kursus KSSR Semakan Tahun 5 di DELIMa KPM

Untuk mendaftar masuk dan mengikuti kursus KSSR Semakan Tahun 5 cukup mudah. Lebih-lebih lagi bagi guru yang sedang Bekerja Dari Rumah (BDR). Boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk laman sesawang DELIMa http://bit.ly/DELIMaKPM
  2. Klik Guru
  3. Klik Sumber Rujukan PdP
  4. Klik BPK
  5. Klik Kursus Orientasi 2020
  6. Pilih dan klik Sekolah Rendah / Sekolah Menengah
  7. Klik Mata Pelajaran untuk mengikuti modul kursus
  8. Ikuti semua bahan kursus hingga selesai
  9. Klik SPLKPM dan masukkan nombor kad pengenalan

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 di SPLKPM

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 ini boleh juga direkodkan di Sistem Pengurusan Latihan, Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Guru-guru boleh mengisi secara dalam talian setelah menonton kesemua video atau bahan yang disediakan.

Kemudian, jawab soalan yang diberikan semasa penilaian kendiri. Jumlah jam yang direkodkan adalah 12 jam. Setelah selesai, bolehlah klik pada pautan pengisian data guru ke dalam pengkalan SPLKPM.


Selamat Berkursus!




Wednesday, December 18, 2019

Lagu PAK21



Lagu PAK21 ini saya cipta bersama isteri dan rakan saya untuk membantu JPN Negeri Perak dalam memahamkan guru mengenai apa itu Pendidikan Abad Ke 21.Konsep asasnya amat jelas dalam lagu ini dan oleh itu marlah sama-sama kita menghayatinya.

Sekurang-kurangnya cikgu boleh jawab bila di tanya tentang PAK21..haha.

Wednesday, November 13, 2019

Berpisah sudah

Arahan baru dari BPK..Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual akan diasingkan semula waktu mengajar dan guru yang mengajar.Walau bagaimanapun masa masih sama iaitu Pendidikan Seni Visual 1 jam manakala Pendidikan Muzik 30 minit.Ianya akan berkuatkuasa pada tahun hadapan.
Sepatutnya begitulah sejak dari dulu jika ditanya pada guru-guru muzi dan seni visual.Tidak ada sebab untuk digabungkan apatah lagi ada ura-ura untuk meletakkan hanya seorang guru mengajar mata pelajaran Kesenian.Mana mungkin kita akan mebiarkan perkara ini berlaku kerana kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai disiplin ilmu yang berbeza.
Mungkin guru muzik boleh mengajar seni visual walaupun agak terbatas tetapi pendidikan muzik lebih mencabar kerana memerlukan guru mahir memainkan sekurang-kurang satu jenis alat muzik serta mengetahui tentang ilmu teori muzik.
Bersyukurlah kini ianya telah diasingkan dan kembali seperti asal.




Tuesday, May 21, 2019

Kursus Kesenian Tahun 4

Kursus KSSR Matapelajaran Kesenian Tahun 4 telahpun selesai dijalankan pada 29 - 30 April 2019 oleh Jurulatih Kebangsaan kepada Jurulatih Negeri.Kehadiran jurulatih negeri bagi matapelajaran Seni Visual amat baik tetapi Matapelajaran Muzik agak mengecewakan.Ramai yang tidak hadir samada memberi alasan ataupun tidak.
Tahun ini jurulatih dari dari daerah lain tidak boleh ke daerah lain seperti selalu.Terpulang kepada PPD untuk menguruskan kerana pemilihan jurulatih daerah dibuat oleh PPD.

Sunday, January 13, 2019

Kurikulum Standard Kelas Peralihan

         Pihak JPN telah menerima satu pertanyaan dari pihak guru iaitu berkaitan dengan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran bagi kelas peralihan.
Untuk pengetahuan semua jurulatih kebangsaan telah dipanggil berkursus bagi Matapelajaran seni Visual pada bulan Oktober 2018.Perak telah menghantar dua orang guru untuk mengikuti kursus tersebut dan hanya seorang sahaja hadir disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh seorang lagi guru.
         Di sini saya sertakan link untuk mendapatkan bahan tersebut.

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-menengah/category/303-kurikulum-standard-kelas-peralihan-kskp

Bukan sahaja seni visual malah semua matapelajaran terdapat di sini.


Wednesday, September 19, 2018

KURSUS KSSR DAN KSSM BERMULA


                   Kursus untuk KSSR Dan KSSM telahpun bermula dalam bulan September ini.Untuk KSSM matapelajaran PSV telah dijalankan di Daerah Kinta Utara Dan Hilir Perak.Manakala Pendidikan Muzik untuk KSSM akan diadakan secara berpusat pada 24 - 25 September 2018.Tuan rumah untuk kursus muzik ialah Kinta Utara dan tidak diuruskan oleh JPN seperti selalu.
                   Dengan jumlah kira-kira 42 orang guru dan dikendalikan oleh JUK seramai 7 orang saya kira ianya akan menjadi lebih mudah dan lancar.Pada ketika itu saya berada di IPG Kampus Pulau Pinang untuk Kolokium Tingkatan 6.
                    Kursus Pendidikan Kesenian juga telah berlangsung di 2 daerah iaitu di Kerian dan Kinta Utara.Nampaknya JUK yang dilatih oleh BPK tidak ada masalah untuk memberikan kursus kepada guru-guru.
                    Pada kali ini saya menggunakan Q & R code untuk mengenalpasti samada guru-guru yang hadir untuk kursus Kesenian ini guru yang option muzik atau seni ataupun option lain.Pemerhatian di dua daerah ini menunjukkan hampir separuh adalah bukan dari kedua-dua option.Ini menunjukkan Negeri Perak sedang mengalami kekurangan guru yang option dalam bidang muzik dan seni seperti ramalan saya.Hal ini telah diutarakan dalam perjumpaan bersama BPK dan BPG..Semoga ada perubahan nanti.

Thursday, August 9, 2018

KSSM TINGKATAN 3 Dan KSSR TAHUN 3

Hai semua, saya kembali lagi dengan berita yang baru.Tahun 2018 adalah dikira bernasib baik kerana kursus Kesenian bagi tahun dua pada tahun lepas tidak dapat dijalankan tetapi untuk tahun tiga peruntukan ada.
          Semua JUK telah dikursuskan di BTPN Negeri Kedah selama dua hari.Begitu juga dengan KSSM menerima kursus selama dua hari juga.